Ahad, 16 Januari 2011

Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk kita sama-sama bertukar maklumat,pengetahuan dan pengalaman dalam bidang IT atau Internet.
Ramai pengguna internet yang menggunakan internet untuk segala urusan politik,perniagaan,sosial,hiburan,perhubungan,pembelajaran dan tak kurang jugak yang menjadi penjenayah yang dikenali sebagai Penjenayah Siber.
Di zaman yang cangih ini manusia menggunakan segala teknologi semaximunnya mengikut kadar kemahiran dan niat seseorang itu.Ada orang yang mahir menggunakan internet untuk menjana kekayaan dengan cara yang halal,ada pula yang mahir mengambil kesempatan menjana kekayaan dengan cara haram berjudi online atau untuk menipu orang (dunia lepas akhirat kena/dunia kena akhirat kena).Ada juga yang guna internet untuk bersosial,chatting,hiburan,perbankan online dan belajar jarak jauh sahaja.Bermacam ragam pengguna,jadi anda fikirlah anda pengguna internet yang macamana.
Apa kata kalau kita guna internet untuk tambah pendapatan,kalau tak kaya pun lepas bayar bil elektrik atau internet.Kalau orang lain boleh buat tak kan kita tak boleh,kan Malaysia boleh.YANG PENTING KEMAHUAN DAN KESUNGGUHAN.Aku pun baru belajar ni,nak tahu kena tanya pakarlah